Janji macam ni tak payah sebut la kut Lajim Ukin oooiii... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Disember 30, 2012

Janji macam ni tak payah sebut la kut Lajim Ukin oooiii...

Ish!! Takkan tara ni ja tahap kut pemikiran bekas menteri yang melompat keluar Umno ni. Patut la Islam di Sabah mundur rupa-rupanya macan ni punya mentaliti hasil tarbiah umno di Sabah.

Harakahdaily melaporkan:
KOTA KINABALU: Pakatan Rakyat berjanji akan menyediakan dana haji bagi setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) apabila mengambil alih pemerintahan di Sabah.

Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Lajim Ukin, berkata usaha ini merupakan satu lembaran baru dan bersejarah kepada umat Islam di Sabah yang tidak pernah diberikan oleh Umno Barisan Nasional sebelum ini. - Hrkh.
Aku harap janji tu bukan janji Pakatan Rakyat tapi hasil idea dia sendiri-sendiri.

Aku rasa macam nak gelak pun ada bila baca janji 'katak' sorang ni. Bukan gelak pasai lawak tapi jenis gelak sinis. Lembaran baru bersejarah apanya kalau janji pilihanraya jenis macam ni.

Lagi rasa nak 'gelak' bila Harakahdaily juga melaporkan:
"Kita ingin meningkat martabat Islam di Sabah dengan memberikan pembelaan sepenuhnya dan perkara ini tidak pernah dilakukan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional sebelum ini.

"Kita akan menyediakan dana khusus kepada umat Islam untuk mereka mengerjakan haji setiap tahun, seramai 300 orang akan dihantar ke Mekah dan mereka akan dipilih dari setiap Dun, perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri," jelas beliau ketika ditemui di pejabatnya pagi tadi.

Lajim yang juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) memberitahu kouta haji itu melibatkan lima orang bagi setiap Dun yang merangkumi 60 Dun di Sabah. - Ibid.
Yang pertama sekali aku tak berapa nak nampak kaitan antara memartabatkan Islam di Sabah dengan sponsor 300 orang setiap tahun buat haji. Takkan kut martabat Islam di Sabah boleh dianggap meningkat dengan pertambahan 300 orang yag dapat title Haji, percuma pulak tu.

Lain la kalau sponsor 300 orang pi Mekah untuk belajar agama setiap tahun, baru la sesuai kalau nak guna ayat "memartabatkan Islam di Sabah."

Yang keduanya, nak hantar cuma 5 orang saja untuk setiap Dun. Besar sangat ka kesannya dalam bentuk undi kalau buat janji macam ni. Lagi baik kalau janji akan bangunkan paling kurang 5 masjid di kawasan pendalaman Sabah setiap tahun.

Dari bagi kat cuma 5 orang aku rasa lain cantik kalau bagi 'diskaun' berdasarkan beberapa kategori tertentu yang tentu akan lebih ramai yang akan berpeluang untuk rasa, contohnya untuk para imam atau bilal.

Yang ketiganya, nampak tak berapa nak mulia la buat janji pilihanraya jenis macam ni.

Ish!! Takkan tara ni ja tahap kut pemikiran bekas menteri yang melompat keluar Umno ni. Patut la Islam di Sabah mundur rupa-rupanya macan ni punya mentaliti hasil tarbiah umno di Sabah.


Nota kaki makan cekam:  Aku tetap anggap Lajim Ukin ni 'katak' walaupun dia melompat keluar Umno. Pasai dia adalah ahli parlimen Beauford yang menang atas tiket Umno. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...