Dalam bab ni aku sokong Pemuda MCA | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Halaman

Rabu, Disember 26, 2012

Dalam bab ni aku sokong Pemuda MCA

Ngeh dan Nga dah takdak cara lain untuk bersihkan diri melainkan mengistiharkan harta masing-masing dengan bukti semua harta yang depa ada depa dapat secara sah termasuk bukan sebagai nomimee kepada mana-mana cukong.

Malaysiakini melaporkan:
Pemuda MCA hari ini menggesa Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming mengisytiharkan harta masing-masing berikutan dakwaan bahawa mereka telah menerima imbuhan daripada PAS.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Pemuda MCA, Chai Kim Sen berkata Pakatan Rakyat sentiasa mencabar pemimpin BN supaya mengisytiharkan harta mereka, dan oleh itu, kedua-dua juga harus juga berbuat demikian. - Mkini.     
Kalau betul Ngeh dan Nga beli syarikat tu secara sah dan memang tak pernah salahguna kuasa, maka Ngeh dan Nga tak patut takut untuk istiharkan harta yang tentunya depa dapat dengan cara yang sah yang cukup banyak sampai tahap boleh beli syarikat Usahapadu tu guna duit depa sendiri.

Biar rakyat tengok sendiri sebagai bukti yang Umno BN fitnah.

Malaysiakni juga melaporkan:
Ngeh telah menjelaskan bahawa beliau dan Nga, telah membeli syarikat yang memiliki tanah tersebut melalui urusniaga yang normal.

Bagaimanapun, Chai dipersoalkan sama ada Ngeh dan Nga berkemampuan untuk berbuat demikian.

"Bagaimana kedua-dua Ngeh dan Nga boleh terbabit dalam urusniaga tanah ini yang bernilai RM30 juta dengan gaji mereka sebagai wakil rakyat?

"Oleh itu, memandangkan Pakatan Rakyat sentiasa mendakwa ahli politik perlu mengisytiharkan harta mereka, maka Ngeh dan Nga kini perlu berbuat demikian bagi membuktikan mereka tidak bersalah," katanya. - Ibid.
Mana tau kut-kut depa berdua sepupu tu dapat 'duit terpijak' kat nama-mana.

Ngeh dan Nga dah takdak cara lain untuk bersihkan diri melainkan mengistiharkan harta masing-masing dengan bukti semua harta yang depa ada depa dapat secara sah termasuk bukan sebagai nomimee kepada mana-mana cukong.

Yang penting sebagai ahli politik terutamanya dari Pakatan Rakyat adalah INTERGRITI

Berkaitan:


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

4 ulasan:

  1. Hmmmmm nko pun deka dekat ngan bangang.....tapi belum lagi cuma hampir. Undang undang kate orang yang menuduh tu yg kena buktikan bukan sebaliknya.....kalau pasal nak istihar harta....biar la najibus buat dulu. MCA kat issu ni ibarat kura kura dalam loji kumbahan....macam lah rakyat bodoh sangat. Kat PR biarkanlah mca bodoh kita jangan ikut.....

    BalasPadam
  2. pencuri di tangan kanan ku, 'XXXXXXX', perompak di tangan kiri ku, '**', aku dah tahu itu saja pilihan ku. aku tak mau kena lagi luku.

    BalasPadam
  3. susah ka kalau nak buktikan yg depa 2 tu tak salah. Berdolak dalik lebih menampakkan keadaan serba salah dari pihak mereka berdua jugak..
    Bagi jer penjelasan yg spesifik dan bukan penafian seperti sebelum ni..

    BalasPadam
  4. APA PASAL NAK ISYTIHAR HARTA..PEMUDA UMNO SAMPAI SEKARANG PUN ISYTUHAR HARTA..JANGAN JADI BANGANG IKUT RENTAK BN.

    BalasPadam

Boring la layan komen anon... Hahaha...

SEGALA KOMEN ADALAH TANGGUNGJAWAB PENGKOMEN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...