Bekas Pengerusi SPR Pahlawan Kesiangan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Halaman

Bekas Pengerusi SPR Pahlawan Kesiangan?

Alangkah cantiknya kalau bekas pengerusi SPR ni cakap pasai Suruhanjaya Diraja ni masa dia masih belum jadi 'bekas'. Cakap sekarang ni takat boleh cakap ja la.

Sinarharian melaporkan:
KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah gagal dalam mengemukakan tuntutan-tuntutan menyeluruh untuk membawa pembaharuan signifikan ke atas sistem pilihan raya, kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Sehubungan itu kata beliau, satu suruhanjaya diraja perlu dibentuk jika rakyat mahukan sistem yang sedia ada dikaji semula dan kemudian diadakan satu referendum bagi mendapatkan pendirian rakyat. - Sinarharian.
Alangkah cantiknya kalau bekas pengerusi SPR ni cakap pasai Suruhanjaya Diraja ni masa dia masih belum jadi 'bekas'. Cakap sekarang ni takat boleh cakap ja la.

Kalau dia berkeras desak suruh buat Suruhanjaya Diraja tu masa dia masih jadi pengerusi SPR kerajaan mungkin terpaksa buat tapi bila dah bersara baru nak cakap, mana kerajaan nak heran.

Lagi satu, Himpunan Bersih 2.0 tu diadakan pada 9 Julai 2011. Kalau Pengerusi SPR ni cakap benda ni masa tu, mungkin Suruhanjaya Diraja tu boleh dibuat. Kalau lepas himpunan Bersih 3.0 pun masih lagi sempat kalau nak dibuat Suruhanjaya Diraja tu.

Tapi sekarang ni baru nak cakap pasai Suruhanjaya Diraja, dalam keadaan lagi 4 bulan nak tamat tempoh penggal parlimen mana nak sempat kalau kerajaan nak buat Suruhanjaya Diraja pun.

Takat jadi Pahlawan Kesiangan baik tak payah...


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dia nie parti gerakan...xbergerak xblh cari mkn...kn dulu periuk nasi dia umno yg bg...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...