Fauzi Shaari bekas pengarah JSJ tak berani ulas pasai Musa Hasan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Disember 04, 2012

Fauzi Shaari bekas pengarah JSJ tak berani ulas pasai Musa Hasan?

Kalau Ramli Yusuf boleh dedah dan ulas hal-hal berkaitan polis macam ni koman sangat la kalau Fauzi Shaari yang bakal jadi calon PAS PRU13 diam membisu bila timbul isu pasai kredibiliti dan ketelusan polis macam isu Musa Hassan ni.

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 4 Dis – Tan Sri Musa Hassan pernah menyalahgunakan kuasanya semasa memegang jawatan Ketua Polis Negara (KPN) dan bersubahat dengan Peguam Negara (AG) menggugurkan satu kes jenayah melibatkan dirinya pada 2006, kata bekas rakan setugas dan pesaingnya Datuk Ramli Yusuff.

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memberi respon kepada dakwaan bekas KPN dalam sidang media minggu lalu, di mana Musa menuduh Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara menteri dan ahli politik yang campur tangan dengan urusan polis. - TMI
Aku tak pasti betul atau tak dakwaan bekas Pengarah JSJ sorang ni tapi kalau ikut persepsi dan disuruh memilih, dah tentu punya aku pilih untuk percaya polis pencen yang bernama Ramli Yusuf ni dari polis pencen yang bernama Musa Hassan.

Tambah-tambah lagi bila teringat insiden usung tilam ke mahkamah masa era reformasi dulu, sampai ada JKK kat kampung aku pun meluat dengan insiden tu sampai dia kata "Ada ka patut depa main pondok-pondok dalam mahkamah."

MalaysianInsider juga melaporkan:
“JSJK pernah menangkap seorang penjenayah bernama Goh Cheng Poh@Tengku Goh pada Disember 2006.

“Tengku Goh membuat afidavitnya dan membabitkan nama Musa Hassan.

“Kemudiaan, saya serahkan kepada pejabat AG, namun tidak difailkan di mahkamah mengakibatkan permohonan habeas corpus oleh Tengku Goh dibenarkan dan dibebaskan,” kata Ramli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi.

Polis veteran bersara itu menjadi pengkritik lantang Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang beliau menyalahkan kedua-duanya kerana meletakkan dirinya di kandang tertuduh atas tuduhan rasuah pada tahun 2007, dimana beberapa media arus perdana mensensasikan sebagai kes “polis RM27 juta”.

“Sebaliknya, AG mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendapatkan fail sulit berkenaan kes ini dan memburu pemberi maklumat untuk mengubah keterangan asal mereka,” kata Ramli, yang pernah menjadi orang nombor tiga dalam pasukan polis.

Apabila ditanya apakah bukti untuk menyokong tuduhan itu, Ramli berkata “Kalau apa yang saya katakan tidak betul, saya bersedia dikenakan tindakan undang-undang oleh Musa atau Gani. Berani kerana benar.” - Ibid.
Cuma yang aku mushkilnya, sorang lagi bekas Pengarah JSJ, Fauzi Shaari yang dah pun istihar masuk PAS, tak teringin ka nak ulas sama hal berkenaan isu polis ni. Takkan kut sebagai bekas Pengarah JSJ dia takdak maklumat pasai kes Tengku Goh tu contohnya.

Tambah-tambah bila nama dia dah hampir muktamat lekat sebagai calon PRU13, takkan dia takmau ambik kesempatan mempopularkan diri dia. Takkan nak harap jentera pilihanraya parlimen ja yang buat kerja kemen untuk dia.

Pasai bekas Pengarah JSJ sorang lagi ni yang katanya akan jadi calon PAS di parlimen Larut, aku cukup tertarik dengan satu cerita dia kena sound dengan sorang mamat di Larut sana.

Member tu peringat bekas polis ni supaya tak payah jadi ustaz masa berceramah pasai dalam PAS dah ramai ustaz. Aku pulak tambah sikit lagi, aku harap polis pencen ni tak payah jadi artis masa berceramah pasai dah ramai artis masuk PAS.

Aku harap sangat bekas pengarah JSJ ni beraksi sebagai bekas pegawai tinggi polis, dedahkan segala macam perkara yang tak betul dalam institusi polis di Malaysia dan juga ulas segera bila timbul apa-apa isu yang melibatkan polis dan keselamata negara. Takkan tak berani kut?

Kalau Ramli Yusuf boleh dedah dan ulas hal-hal berkaitan polis macam ni koman sangat la kalau Fauzi Shaari yang bakal jadi calon PAS PRU13 diam membisu bila timbul isu pasai kredibiliti dan ketelusan polis macam isu Musa Hassan ni.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...