Apa khabar Dr. Fuad Zarkarshi? Boleh lena ka semalam? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Disember 02, 2012

Apa khabar Dr. Fuad Zarkarshi? Boleh lena ka semalam?

Tu nasib baik la semalam ada perlawanan bola sepak Piala AFF Suzuki antara Malaysia lawan Indonesia. Kalau takdak bola semalam, mungkin kehadiran lebih ramai lagi, silap-silap boleh demam Fuad Zarkarshi.

Harakahdaily melaporkan:
BATU PAHAT: Ribuan rakyat Johor kini memenuhi Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam ini.

Biarpun program malam ini bertembung dengan siaran langsung bola sepak piala AFF Suzuki 2012 antara Malaysia dengan Indonesia, namun kehadiran yang ramai malam ini menunjukkan semangat perubahan politik rakyat negeri ini.
Program malam ini bermula dengan ucapan wakil-wakil badan bukan kerajaan NGO yang memperjuangkan hak rakyat. - Hrkh.
Tu nasib baik la semalam ada perlawanan bola sepak Piala AFF Suzuki antara Malaysia lawan Indonesia. Kalau takdak bola semalam, mungkin kehadiran lebih ramai lagi, silap-silap boleh demam Fuad Zarkarshi

Aku setuju dengan laporan Harakahdaily tu yang cuma sebut ribuan yang hadir tanpa tanpa sebut angka anggaran. Biar orang ramai sendiri yang agak berapa ramai yang hadir macam gambar kat bawah ni.


Aku yakin ahli parlimen Batu Pahat, Dr. Fuad Zarkarshi tak tak berapa nak boleh lena tidur semalam bila dia dengar berita kehadiran di program ceramah yang tak pernah macam tu punya ramai sebelum ni.

Walaupun dalam PRU12 dia menang majoriti 12,704 tapi dengan pengundi cina lebih 45% yang katanya akan bagi lebih 70% kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti, peluang untuk dia kalah memang terbuka luas.

Memang la kehadiran semalam tu bukan orang Batu Pahat saja tapi tentu punya kehadiran seramai tu tentu punya akan mempengaruhi sokongan pengundi dalam PRU13 nanti.

Lebih menarik terutama bagi PAS bila beberapa tokoh serahkan borang masuk PAS semalam.
Bekas Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman Maidin mengumumkan pernyertaannya ke dalam PAS malam tadi.

Beliau yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengumumkan penyertaan itu bersama tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam tadi.

Turut serta adalah bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation Haji Mohd Sais Joned.

Dua lagi adalah masing-masing bekas Pengarah Pelajaran Johor Hj Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah institur Perguruan Batu Pahat Haji Nasir Abdullah. - Hrkh.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...