Ahli PAS perlu terima hakikat yang TG Hj Hadi takkan jadi PM selepas PRU13 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Halaman

Ahli PAS perlu terima hakikat yang TG Hj Hadi takkan jadi PM selepas PRU13

Kecuali la kalau kerusi yang PAS menang lebih dari kerusi yang Umno menang dan semua wakil rakyat PAS sanggup berkerjasama dengan Umno membentuk kerajaan, yang juga atas kertas nampak mustahil boleh berlaku.

Harakahdaily melaporkan:  
KUALA LUMPUR: Laporan muka depan akhbar The Star yang dimiliki oleh MCA jelas mahu melaga-lagakan Presiden PAS dengan para pemimpin Pakatan Rakyat yang lain apabila melaporkan beliau bersedia menjadi perdana menteri, tetapi apakah sebenarnya yang beliau kata dan maksud.

Muka depan The Star hari ini melaporkan, "Hadi ready to be PM" (Hadi bersedia menjadi PM).

Namun tajuk untuk edisi onlinenya agak berbeza iaitu, "It is syiok (thrilling) to be PM." (Syok juga kalau jadi PM)." - Hrkh.
Juga dilaporkan:
Selari dengan The Star adalah, media dalam talian The Malaysian Insider juga membuat laporan sealiran dengan akhbar MCA itu. "Hadi ‘alu-alukan’ cadangan perwakilan dilantik jadi PM", menjadi tajuk media itu.

Kedua-dua laporan ini membayangkan seolah-olah Presiden PAS itu mahu menjadi perdana menteri.

Ekoran kedua-dua laporan itu, timbul fitnah kepada Presiden bahawa beliau dikatakan 'setuju dan bersedia' untuk menjadi perdana menteri. - Ibid.
Itu persepsi yang nak diterapkan kepada pembaca walaupun realitinya bukan macam tu pasainya juga dilaporkan:
Ini kerana, dalam sidang media selepas memberikan Ucapan Dasar Muktamar PAS ini, Abdul Hadi dengan jelas menolak cadangan itu.

Beliau lebih rela kembali menjadi nelayan selepas Islam menang. - Ibid.
Realitinya, aku tak nampak macamana TG Hj Hadi akan boleh dilantik jadi Perdana Menteri walaupun calon PAS paling ramai menang dalam Pakatan Rakyat.

Kecuali la kalau kerusi yang PAS menang lebih dari kerusi yang PKR menang campur kerusi yang DAP menang. Satu keadaan yang diatas kertas memang mustahil akan berlaku.

Pasainya kalau kerusi DAP campur PKR lebih dari kerusi yang PAS menang tentu Anwar yang akan dapat sokongan majoriti dalam PR pasai DAP awal-awal lagi istihar akan sokong Anwar.

Malaysiakini melaporkan:
KUALA LUMPUR, 19 Nov — DAP mengekalkan pendiriannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kekal menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi pilihan raya umum akan datang.

Berikutan dengan tekanan delegasi PAS dalam Muktamar Agungnya minggu lalu untuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi bakal perdana menteri, DAP mengingatkan orang ramai bahawa Anwar adalah pilihan pakatan tersebut untuk menjadi pemimpin negara. - TMI
Jadinya, tak payah la kut ahli dan penyokong PAS berangan nak tengok TG Hj Hadi jadi PM selepas PRU13.

Kecuali la kalau kerusi yang PAS menang lebih dari kerusi yang Umno menang dan semua wakil rakyat PAS sanggup berkerjasama dengan Umno membentuk kerajaan, yang juga atas kertas nampak mustahil boleh berlaku.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudi

22 ulasan:

  1. Usaha mesti ada bro. Belum pru dah kata gitu?

    BalasPadam
  2. Hanya orang Munafik yang tiada Tarbiyyah dan syok sendiri serta menjadi ahli Pas umpama "Kata Hijau" yang melekat pada daun pisang saja yang akan cakap macam lu bro.

    Kita ahli Pas,perjuangan kita mestilah inginkan Presiden kita jadi PM,kerana itulah yang disarankan oleh Rasullullah seorang Ulamak dan pimpinan yang adil.

    Kalau tanya DAP dan PKR pun mereka akan kata.mereka hendakkan pimpinan mereka jadi PM.

    Kita bercakap dalam himpunan kita (PAS)..bukan dalam himpunan Pakatan Rakyat?? Nizar blh jadi Mb,terfikir ke kita dulu..ini semua kerja Allah,yang penting kita ada cita-cita dan niat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huh!!! Munafik tu...

      Kalau aku takdak tarbiah tak berapa nak boleh salahkan aku sangat kut, kena salahkan jamaah pasai orang macam aku pun jamaah gagal tarbiah.

      Lagi satu nak tanya huraian al-isti’jal (الاستعجال) dalam isu jawatan PM ni. Boleh kut sapa-sapa yang ada tarbiah tolong bagi pencerahan

      Padam
  3. Dulu waktu kerajaan UG dulu..kalu jadi Hj HAdi jadi PM tak..agak2 UMNO bagi tak Hadi Awang jadi PM time tu?

    BalasPadam
  4. kalau PAS lawan sendiri, xkan menang punya...jawatan PM bukan jawatan yg perlu direbut...siapa yg dpt sokongan ramai, dia la jadi PM...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pas bukan setahun jagung, bertahun dah jadi pembangkang jadi tidak akan hairan kalau jadi pembangkang lagi. PKR atau DAP juga tidak ke Putrajaya jika PAS bersendirian dah tu.... sama-sama dok tang tu jugak OK setuju

      Padam
    2. Aku dok nampak, pas terlalu nak mengambil hati rakan seperjuangan dap dan pkr sehingga menimbulkan kegelisahan dan hilang semangat para pengikutnya. Kalau ya pun tak nak jadi pm, janganlah sampai nampak dayus dan tak ada telor....

      Padam
  5. awat tolol sangat u all..dah tahu isu ni isu yang sengaja dimainkan UMPORNO kenapa cepat melatah...relax la bro..x da kerje ke nak buat bagi menjatuhkan BN dok asyik berbalah sesama sendiri ja.....gi la cula undi ke..buat ceramah kelompok ke, edar risalah ke..bagus la juga. ni dok kepoh pasal bakal PM...apara...tak dak akai ka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pun pelik dgn cenangau dan org2 sptnya yg menyambut buah tangan dr UMNO/BN ni...

      Padam
    2. Kealpaan melayu adalah hampir sama dgn kealpaan bangsa bosnia, waktu sebelum diperintah oleh puak serb, mereka(orang bosnia) sangat berbaik sangka dgn org serbia... Tiada sebarang buruk sangka. Bagaimana melayu yang sangat berbaik sangka dgn dap..... Ingatlah, bhw melayu telah banyak melakukan kecurangan terhadap agama dan Insan sesama agama, banyak telah berlaku kerosakan, gejala sosial hingga tak terhitung... Adakah sesiapa yang sedang terhidu bala yang akan dtg dari Allah? Mungkin penguasaan komunis dap keatas negara ini merupakan satu ketentuan? Mungkin satu bala yang kita sendiri undang?.... Tak salah cenangau memperlihatkan sedikit kekuatiran dan buruk sangka kpd "teman sejati" dap kita, supaya kita yang leka akan tersentak dan berfikir untuk kali kedua.

      Padam
  6. kalau Allah berkehendak tok guru hj hadi jadi PM, tiada yg mustahil.... kunfayakun... ingat pesanan tok guru, menang pakatan dulu, siapa jadi PM serah sepenuhnya kpd Allah... jgn lupa!! YDP agong ada hak untuk perkenan siapa yg jadi PM...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jauh tuan melayan angan2? Tak terasa malu ke?

      Padam
  7. cina nak hapuskan kuasa politik melayu................sendiri paham........ok

    BalasPadam
  8. Memang tak ada tarbiah. Salam

    BalasPadam
  9. pikir psal melayu je...islam semua x pikir...muhasabah diri....

    BalasPadam
  10. bagi aku alsan yg paling utama bgsiape2 pun isu melayu je yg dibangkitkan,,,,ape kate setelah 55 tahun ni kiter islam untuk semua.....percayelah ape yg allah tentukan ade kemakmuran dier,,,,ade kebaikan dier,,,islam itu adil....rindu zaman rasullullah dikembalikan era dan kebaikan nyer kiter rase pade zaman sekarang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak salah kita merindui zaman kegemilangan islam, zaman Rasullulah dan para sahabat, tapi perlu diingat, zaman mereka juga merupakan zaman keperitan islam yang tiada terhingga... Sebelum kita jauh menyelusuri kemasyuran zaman itu, baik kita lihat bagaimana susah payah nabi dan para sahabat... Sehingga pada satu ketika, sahabat bertanya kpd nabi " ya Rasullullah.. Bila lagi bantuan Allah akan tiba?" golongan yang paling kental, paling tinggi zuhud, iman dan taqwa ini bertanya tentang bantuan Allah. Kita yang hanya memangkah lima tahun sekali, hanya pi dgr ceramah politik dgn kenderaan canggih, dgn seronok suka dgn celoteh hiburan dari penceramah... Ada yang mencerca dan fitnah juga diselitkan... Bercampur lelaki/perempuan (tiada hijab)....
      Bagaimana taraf kita berbanding sahabat... Agak2 layakkah kita nak kembalikan kegemilangan itu? Tambah pula dgn perpecahan dan mengelakkan dari bersatu... Itu merupakan satu perkara yang Allah laknat... Lagi nakkan kegemilangan islam?

      Padam
  11. Salam,

    kawe yakin dengan lautan hijau.. kawe yakin puak melayu islam lain akan sertai jika PAS bersendirian.... kita bagai lautan jika semua melayu bersatu mmg kita mau perubahan dah nak tolak hat merah putih kuning tu nak ganti dgn hijau putih pulok... kita tukar kerih ke bule..

    BalasPadam

  12. Haji Hadi buleh jadi PM jika PR menang PRU 13 dan Haji Hadi menang manakala Anwar tewas dalam PRU 13 nanti. Ini bukan mustahil untuk terjadi.

    BalasPadam
  13. Dulu ada blogger umno ckp kat aku, ahli pas nie mudah kene provok..mmg terbukti..jgn tewas dgn agenda musuh kwn2 ku..insan prihatin

    BalasPadam
  14. Anon 10.11pm,
    Bukan sekadar mudah diprovok tapi suka beri peluru meriam kepada pihak lawan.Muktamar PAS yang dilangsungkan baru-baru ni,sepatutnya menumpukan isu PRU ke13 100%. Sebaliknya sudah bertukar kepada: Hadi Awang jadi PM.Bermakna PAS sudah dibawa bermain atas papan catur UMNO.Tahniah kepada Harun Taib,Harun Din,Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa.

    BalasPadam
  15. Aku nampak pun gitu,layan sangat fitnah umno,menang pun belum duk bertelingkah sesama sendiri, lebih baik buat kerja-kerja yang boleh memenangkan PR dlm PRU 13.kerja seperti ini sebenarnya melinkupkan PR bukan menyuburkan PR.Kalau nak cari pulisiti pun carilah cerita yang menguntungkan PR.Janganlah buat kerja-kerja tak cerdik tu.

    BalasPadam

Boring la layan komen anon... Hahaha...

SEGALA KOMEN ADALAH TANGGUNGJAWAB PENGKOMEN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...