Ahli PAS perlu terima hakikat yang TG Hj Hadi takkan jadi PM selepas PRU13 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, November 20, 2012

Ahli PAS perlu terima hakikat yang TG Hj Hadi takkan jadi PM selepas PRU13

Kecuali la kalau kerusi yang PAS menang lebih dari kerusi yang Umno menang dan semua wakil rakyat PAS sanggup berkerjasama dengan Umno membentuk kerajaan, yang juga atas kertas nampak mustahil boleh berlaku.

Harakahdaily melaporkan:  
KUALA LUMPUR: Laporan muka depan akhbar The Star yang dimiliki oleh MCA jelas mahu melaga-lagakan Presiden PAS dengan para pemimpin Pakatan Rakyat yang lain apabila melaporkan beliau bersedia menjadi perdana menteri, tetapi apakah sebenarnya yang beliau kata dan maksud.

Muka depan The Star hari ini melaporkan, "Hadi ready to be PM" (Hadi bersedia menjadi PM).

Namun tajuk untuk edisi onlinenya agak berbeza iaitu, "It is syiok (thrilling) to be PM." (Syok juga kalau jadi PM)." - Hrkh.
Juga dilaporkan:
Selari dengan The Star adalah, media dalam talian The Malaysian Insider juga membuat laporan sealiran dengan akhbar MCA itu. "Hadi ‘alu-alukan’ cadangan perwakilan dilantik jadi PM", menjadi tajuk media itu.

Kedua-dua laporan ini membayangkan seolah-olah Presiden PAS itu mahu menjadi perdana menteri.

Ekoran kedua-dua laporan itu, timbul fitnah kepada Presiden bahawa beliau dikatakan 'setuju dan bersedia' untuk menjadi perdana menteri. - Ibid.
Itu persepsi yang nak diterapkan kepada pembaca walaupun realitinya bukan macam tu pasainya juga dilaporkan:
Ini kerana, dalam sidang media selepas memberikan Ucapan Dasar Muktamar PAS ini, Abdul Hadi dengan jelas menolak cadangan itu.

Beliau lebih rela kembali menjadi nelayan selepas Islam menang. - Ibid.
Realitinya, aku tak nampak macamana TG Hj Hadi akan boleh dilantik jadi Perdana Menteri walaupun calon PAS paling ramai menang dalam Pakatan Rakyat.

Kecuali la kalau kerusi yang PAS menang lebih dari kerusi yang PKR menang campur kerusi yang DAP menang. Satu keadaan yang diatas kertas memang mustahil akan berlaku.

Pasainya kalau kerusi DAP campur PKR lebih dari kerusi yang PAS menang tentu Anwar yang akan dapat sokongan majoriti dalam PR pasai DAP awal-awal lagi istihar akan sokong Anwar.

Malaysiakini melaporkan:
KUALA LUMPUR, 19 Nov — DAP mengekalkan pendiriannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kekal menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi pilihan raya umum akan datang.

Berikutan dengan tekanan delegasi PAS dalam Muktamar Agungnya minggu lalu untuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi bakal perdana menteri, DAP mengingatkan orang ramai bahawa Anwar adalah pilihan pakatan tersebut untuk menjadi pemimpin negara. - TMI
Jadinya, tak payah la kut ahli dan penyokong PAS berangan nak tengok TG Hj Hadi jadi PM selepas PRU13.

Kecuali la kalau kerusi yang PAS menang lebih dari kerusi yang Umno menang dan semua wakil rakyat PAS sanggup berkerjasama dengan Umno membentuk kerajaan, yang juga atas kertas nampak mustahil boleh berlaku.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...