Aku harap Ust Nasha bukan 'jurucakap' Majlis Syura' | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, September 25, 2012

Aku harap Ust Nasha bukan 'jurucakap' Majlis Syura'

Aku ingatkan selepas tamat episod nama Ust Nasha 'dibersihkan' oleh mesyuarat Majlis Syura' sebelum ni, takdak lagi kenyataan hangit dari Ust Nasha dan memang itu harapan aku.

Tambahan pulak langsung tak dengar komen Ust Nasha termasuk berkenaan filem "Innocence of Muslim" terutama yang melibatkan twitter Ngeh Koo Ham. Nampak macam betul telahan sesetengah pihak yang kata mungkin Ust Nasha telah berjaya di'mute'kan oleh Majlis Syura'.

Tapi nampaknya harapan cuma tinggal harapan. Hari ni Ust Nasha pilih 'sparring partner' lain pulak, yang lebih kritikal.
Kalau sebelum ni Ust Nasha 'bertunjai' dengan Karpal Singh yang mewakili golongan tua DAP, kali ni mantan Timbalan Presiden PAS ni pilih untuk 'bertunjai' dengan Guan Eng pulak, golongan yang sikit moderate dalam DAP.

mStar melaporkan:
KUALA LUMPUR: Perbalahan antara dua sekutu pembangkang iaitu PAS dan DAP berhubung isu hudud dilihat tidak berkesudahan apabila bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menuntut Lim Guan Eng membuat permohonan maaf secara terbuka.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP digesa berbuat demikian kerana didakwa secara konsisten mencampuri prinsip dan asas perjuangan PAS terutamanya berkaitan perlaksanaan hukum hudud.

Nasharudin menegaskan beliau menghormati perbezaan pendapat yang wujud dalam pakatan pembangkang namun tindakan pimpinan DAP yang secara terbuka mengkritik hukum hudud disifatkan sebagai keterlaluan.

"Pendirian Guan Eng tentang hudud bercanggah dengan kenyataan Tok Guru (Nik Abdul Aziz Nik Mat) iaitu hudud adalah satu kewajipan dan bukannya pilihan.

"Beliau perlu tarik balik kenyataan kerana kalau tidak isu ini akan jadi lebih besar. Kita terima perbezaan pandangan tapi perlu menghormati amalan penganut agama lain," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen di sini, Selasa. - mStar.
Bila baca laporan mStar ni, aku terfikir mungkinkah Ust Nasha dah 'dinaikkan pangkat' jadi jurucakap tak rasmi kepada Majlis Syura' pulak.

Pasainya nampak macam kenyataan Ust Nasha ni 'memang dirancang'. Aku harap aku silap tapi itu persepsi pertama yang masuk dalam kepala aku.

Pasainya pada aku kenyataan macam tu sangat tak seiring dengan komitment yang patut PAS tunjukkan untuk teguh bersama Pakatan Rakyat dalam PRU13 yang mungkin diadakan pada bila-bila masa saja lagi.

Bukan maksud aku PAS perlu berlembut atau mengalah termasuk yang melibatkan isu perlaksanaan hukum hudud, tapi sampai tahap pilih 'sparring partner' macam tu nampak macam ada agenda lain.

Dan aku harap sangat yang 'agenda lain' tu bukan agenda Majlis Syura' ataupun mungkin lebih tepat lagi kalau aku kata bukan agenda sebilangan ahli Majlis Syura'.

Dan macam yang aku jangka, Guan Eng tak ambil masa lama untuk bagi respond. Tambah-tambah bila keluar rakaman mesyuarat PKR Penang yang Mansor Osman memang kata Guan Eng sombong dan berlagak. Kenyataan Ust Nasha tu mungkin boleh digunakann untuk alihkan perhatian dari isu rakaman mesyuarat PKR Penang tu.

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 25 Sept — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar) hari ini melihat sikap Nasharuddin Mat Isa seolah-olah “agen Umno” kerana kenyataan yang dikeluarkan bekas Timbalan Presiden PAS itu berhubung isu hudud menurutnya berubah-ubah semenjak tidak lagi menjawat jawatan tersebut yang kini dipegang Mohamad Sabu.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan, Nasharuddin ketika masih memegang jawatan berkenaan sudah maklum dan faham dengan pendirian DAP berhubung isu hudud, namun membangkitkannya kembali setelah terlepas jawatan tersebut.

“Tiada apa yang baru untuk beliau, beliau sudah faham, semasa memegang jawatan timbalan presiden PAS dan tiada masalah dengan DAP.

“Kenapa sekarang sejak tidak lagi memegang jawatan itu, saya jadi agak pelik kenapa beliau membangkitkan soalan itu (hudud),” kata Lim kepada pemberita ketika ditemui sejurus tamat persidangan Parlimen hari ini. - TMI.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...