Perang yang lebih penting selepas Bersih 3.0 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Halaman

Selasa, Mei 01, 2012

Perang yang lebih penting selepas Bersih 3.0

Himpunan BERS✔H 3.0 dah pun berlangsung dengan jayanya. Kalau tanya penyokong Himpun Bersih 3.0 tentu punya dengan yakin depa akan boleh ceritakan dengan bangga dan terpeinci kejayaan Bersih 3.0 menghimpunkan ratusan ribu orang.

Ada yang kata  BERS✔H 3.0 berjaya himpunkan lebih 250,000 dan ada pulak yang kata mungkin mencecah setengah juta.

Dati sudut lain, penyokong  BERS✔H 3.0 akan terus cerita berkenaan keganasan polis. Tindakan polis yang langsung tak relevan ke atas rakyat sendiri yang tak bersenjata yang cuma nak DUDUK dan BANTAH.  
Lebih sadis lagi cara anggota polis membelasah peserta himpunan yang kurang bernasib baik yang berjaya ditangkap, depa kerumun macam anjing berebut tulang.

Kalau tengok dalam media baru, berita berkenaan keganasan polis memang menguasai media. Dalam youtube, facebook dan twitter memang penuh dengan cerita pasai keganasan polis.

Di pihak yang satu lagi,  BERS✔H 3.0 cuba digambarkan sebagai demonstrasi yang ganas dan tak sepatutnya berlaku dalam negara malaysia yang aman dan adil.

Insiden anggota polis dibelasah sampai berdarah digunakan sebagai bukti yang himpunan macam tu tak sepatutnya dibenarkan.

Digambarkan jugak macamana Anwar Ibrahim sendiri arahkan peserta himpunan merempuh sekatan polis dekat Dataran merdeka.

Media tradisional macam TV dan suratkhabar memang digunakan sepenuhnya untuk tanam persepsi macam tu. Persepsi yang himpunan  BERS✔H 3.0 adalah ganas dan tak sepatutnya diadakan dan patut ditentang.

Semalam aku berkesempatan bersembang dengan sorang member yang memang selama ni baru aku perasan memang tak pernah ambik tau pasai politik. Dari soalan dia kat aku, memang nampak yang dia memang nak cari maklumat.

Untuk bagi dia mudah faham aku bandingkan insiden himpunan  BERS✔H 3.0 tu lebih kurang macam kalau member kita eksiden.

Kalau tanya member yang eksiden tu, tentu punya dalam cerita member tu dia sebagai hero dan sebagai hero tentu punya eksiden tu bukan salah dia. Kalau pun memang salah dia, tentu punya dia akan cuba bela diri dia dengan salahkan pihak lain. Sama jugak kalau kita tanya pemandu kereta yang satu lagi, tentu member tu pun akan kata dia tak salah.

Apa pun, aku tekankan kat member tu, insiden masa himpunan  BERS✔H 3.0 tu satu hal, tapi pasai apa sampai beratus ribu sanggup turun berhimpun tu yang lebih patut difikirkan. Takkan kut senang-senang kita boleh ajak orang turun ramai-ramai kalau sebab kita tak betul-betul kuat.

Apabenda tuntutan 8 perkara yang  BERS✔H 3.0 tuntut tu. Berat sangat ka tuntutan 8 perkara tu yang SPR dan kerajaan tak boleh nak tunaikan sampai samggup belasah rakyat sendiri.

Memang himpunan Bersih 3.0 menguntungkan Pakatan Rakyat dari segi mileage politik, cuma persoalannya adakah tahap untung tu boleh sampai tahap Umno BN tumbang masa PRU13 nanti.

Semuanya tu bergantung kepada macamana persepsi orang yang tak pi himpunan Bersih 3.0 tu. Macamana kita nak pastikan berpuluh juta pengundi yang tak hadir himpunan Bersih tu boleh dapat cerita dari perpektif kita selain dari apa yang depa baca dan tengok dari media yang umno BN kuasai supaya depa boleh buat pebandingan.

Satu kerja berat yang semua orang kena pikul, kena buat. Satu perang yang lebih hebat dari kena belasah dengan polis sampai masuk hospital dan jauh lebih hebat dari setakat main aci ligan dengan polis selepas tersedut gas pemedih mata.

Nampak gayanya, kot mana pun aku nak kena bagi jadi jugak program 'wayang pacak' dalam masa terdekat ni tumpang bahang  BERS✔H 3.0 masih panas. Kena pastikan jugak ada risalah yang sesuai yang kena disebarkan dalam masa terdekat ni. Dan aku harap ada member yang ingatkan aku pasai benda ni.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

4 ulasan:

  1. berkaitan tuntutan bersih baca sini
    http://wasukalu.blogspot.com/2012/05/kaki-kanciang-kono-kanciang-kuburnya.html

    BalasPadam
  2. Syukur Alhamdulillah kerana Allah telah menggagalkan tujuan perlakuan-perlakuan jahat dari penganut PAS-DAP-PKR dan pro-Komunis untuk menjadikan Dataran Merdeka seperti Dataran Tahrir, Mesir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan syukur alhamdulillah kerana Allah SWT membongkarkan satu persatu dan kebenaran akan memihak kepada penyokong Bersih. Provoke mmg jadi sesuatu yg serius di mana sebelum ni perhimpunan BERSIH mmg aman. Siapa puak provoke yang masuk itu akan ditunjukkan satu persatu.

      Padam
  3. POLIS YANG MENINGGAL TU PATUTNYA BERCUTI BALIK KAMPUNG DI SUNGAI BETUL BAWAH, TANJUNG PIANDANG. DI KAMPUNG KAUM KELUARGANYA MENYALAHKAN PAKATAN KERANA MENYEBABKAN ARWAH TAK DAPAT CUTI DAN MENINGGAL SEMASA DALAM TUGAS MEMANTAU BERSIH 3.0. MESTI HANG KATA AKU FITNAH KAN ?

    DI PARIT BUNTAR NAMPAKNYA PAS AKAN JADI SEJARAHLAH...

    BalasPadam

Boring la layan komen anon... Hahaha...

SEGALA KOMEN ADALAH TANGGUNGJAWAB PENGKOMEN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...