Ust Tuan Ibrahim Tuan Man wajar letak jawatan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Februari 13, 2011

Ust Tuan Ibrahim Tuan Man wajar letak jawatan

Sebelum aku tulis pasai Ust Tuan Ibrahim wajar letak jawatan, aku nak ucap takziah kepada kaum keluarga Adun Kerdau, Zaharuddin Abu Kassim, 63, yang meninggal dunia di rumahnya di pekan Kerdau, Pahang petang semalam. Dah sampai ajal nak buat apa lagi, redha saja la.

TMI melaporkan:
Kenalan rapat Allahyarham memberitahu The Malaysian Insider bahawa wakil rakyat itu meninggal dunia selepas terjatuh di rumahnya kira-kira 6.30 petang tadi.

“Beliau dikatakan terjatuh di rumahnya dan disahkan doktor meninggal dunia di rumah kerana terjatuh,” kata kenalan rapat beliau.

Perkembangan ini membawa kepada pilihan raya kecil yang ke-16 sejak Mac 2008. Pilihan raya kecil ke-15 iaitu di DUN Merlimau akan berlangsung awal bulan depan. TMI
Ramai yang mungkin masih terasa letih PRK Tenang, dan PRK Merlimau pulak baru saja nak mula panas enjin tiba-tiba nak kena hadapi lagi satu PRK. Kali ni di Kerdau dalam negeri Pahang pulak. Kali ni pun sepatutnya calon PAS jugak akan bertanding.

Sebelum ni Harakahdaily melaporkan: 
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik menjadi Pengarah jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau 6 Mac depan.

Menurutnya perlantikan tersebut dibuat oleh Lajnah Politik PAS Pusat yang bermesyuarat baru-baru ini.
Tuan Ibrahim yang mengesahkan perkembangan tersebut berkata, mesyuarat pertama jentera PAS bagi PRK berkenaan telahpun diadakan semalam.

Pilihan raya ini merupakan PRK ke 16 sejak pilihan raya umum (PRU) Mac 2008. - Hrkh

Dengan perkembangan terbaru kesan kematian Adun Kerdau, Ust Tuan Ibrahim selaku Pesuruhjaya PAS Pahang patut meletakkan jawatan sebagai Pengarah PRK Merlimau supaya dia boleh bagi sepenuh tumpuan untuk buat persediaan PRK di Kerdau, Pahang.Memang pun kalau ada PRK di sebelah pantai Timur, Ust Tan Ibrahim yang kena jadi pengarah PRK.

Kalau PRK Merlimau perlu Naib Presiden jugak yang jadi Pengarah terpaksa la di pilih antara Salahuddin atau Mahfuz. Disebabkan Salahuddn baru sangat jadi pengarak PRK Tenang dan calon PAS pulak kalah, jadinya Pengarah PRK Merlimau lebih sesuai diserahkan kepada Mahfuz walaupun kalau ikut zon, Merlimau terletak di sebelan selatan, dibawah tanggungjawab Salahuddin..

Ataupun, mungkin lebih sesuai kalau Pengarah PRK Merlimau diserahkan kepada Timbalan Presiden PAS, Ust Nasharuddin Mat Isa. Kalau tak salah aku, tak pernah lagi Ust Nasha jadi pengarah PRK. Sebelum ni, masa PRK Kuala Selangor, Ust Nasharuddin jadi pengarah kepada jentera PAS untuk membantu jentera PKR. Mana tau, mungkin dengan Timbalan Presiden yang jadi pengarah PRK kali ni calon PAS boleh menang pulak di Merlimau.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...