Jam 6.10 petang 5 November 2009, berakhirlah pendengaran hujah oleh kedua-dua belah pihak. Mahkamah ditangguhkan dan keputusan akan diumumkan pada suatu tarikh yang akan ditentukan. Rayuan Datuk Seri Nizar Jamaluddin dalam menentukan kedudukan Menteri Besar Perak yang sah hari ini telah didengarkan di hadapan lima panel hakim. Panel hakim tersebut diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Empat lagi hakim ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.
Dalam pada itu permohonan Datuk Seri Nizar supaya kes ini didengar oleh 11 hakim ditolak oleh mahkamah. Hakim Datuk Alauddin Mohd Sheriff berkata ia diputuskan sebulat suara dan tiada perintah dibuat mengenai kosnya. Bekas Pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, yang mewakili Nizar, sebelum itu berhujah bahawa panel 11 hakim itu penting kerana kes itu membabitkan kepentingan awam dan banyak implikasinya. Katanya, ia juga memberi kesan pada semua negeri dan serta Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, katanya, seluruh dunia sedang mengikuti kes tersebut, termasuk para akademik dan orang awam "kerana ini adalah satu kes yang unik".
Dalam hujahnya, Ambiga juga memetik dari buku 'May Day for Justice' tulisan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abas mengenai krisis Umno pada 1987. Salleh menulis bahawa dengan kehadiran semua hakim, maka ia boleh mengikis sebarang tanggapan berlaku berat sebelah di pihaknya. [+-seterusnya]
Media Pengiklanan Baru









3 comments:
Cenangau,
Sekiranya perbicaraan Dato Seri Nizar tidak menyebelahinya - faham-faham sajalah keadaan mahkamah Malaysia ni - tak usahlah buang masa lagi.Terus bekerja memperkasakan semua cawangan dan kawasan PAS menghadapi PRU 13.Kenalpasti tempat yang akan ditandingi dan perkuatkan jentra pilihan raya(semua JPK)dan buat persediaan dari segala kelengkapan termasuk tenaga pekerja dan dana.Kita ajar UMNO ni diPRU 13.
apa sebab mahkamah nak tangguh...?? satu je sebabnya...nak kena tanya Big Boss dengan Bik Mama dulu...
putih kata Bik Mama,Putih la ia..hitam kata Bik Mama,itam la ia...
Keputusan ini tidak boleh mendahului keputusan bicara 2 mangkok yang dituduh rasuah, dan keputusan kes 3 katak yang melompat. Kuang kuang kuang.
Post a Comment
Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam.