18 Nov PELUANG MENJANA PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU!
BOLEH BEKERJA PART TIME & TERUS DIRUMAH!
PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA!
www.zamrivemma.blogspot.com

Tuesday, November 10, 2009

PAS Bukan Takut Menang, Tapi Gagal Uruskan Kuasa - Satu persepsi




Mustahil isu "Kerajaan Perpaduan" (Unity Government) dibubuh noktah hanya dengan Seminar Politik yang bakal dianjurkan PAS pada 7 Novermber ini.

Ini kerana Kerajaan Perpaduan adalah "godaan" UMNO yang tidak akan berakhir -- setelah diumumkan "tutup pintu", diusik pula dengan "tidak berkunci"; biarpun jika ada yang balas "tutup dan berkunci", tidak hairan kalau ada yang berkata "kunci ada di tangan Presiden"... Walau "kunci itu diserah kepada Mursyidul Am" sekalipun, jawapannya mungkin "Presiden masih simpan kunci spare"...

Sememangnya, usikan daripada musuh politik tidak harus dipersalahkan ke atas pemimpin PAS. Persoalannya, mengapa keraguan dan kesangsian masih dan tetap wujud, walaupun sudah berkali-kali Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berjanji untuk bersama Pakatan Rakyat?

Mustahil PAS gagal menangkis serangan UMNO

Mustahil pucuk pimpinan PAS gagal menangkis serangan retorik UMNO, jika mengimbas kembali "sejarah permusuhan" antara UMNO dengan PAS, yang jelas jauh lebih panjang berbanding UMNO-PKR. Namun, persepsi masyarakat umumnya menganggap PAS gagal menonjolkan perbezaaan antara dirinya dengan UMNO ketika berdepan dengan retorik "perpaduan umat Melayu-Islam" selepas 8 Mac 2008.

Adalah tidak adil sekiranya dikatakan keseluruhan pimpinan PAS terikut-ikut dengan rentak UMNO, dan "kelihatan jahil" kerana tidak menyedari percaturan politik UMNO. Buktinya, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad pernah menyeru dalam Muktamar ke-55 agar PAS mengambil iktibar dari sejarah Islam, supaya tidak terperdaya dengan muslihat musuh untuk melaga-lagakan pemimpin PAS, yang bakal berakhir dengan kehancuran PAS sendiri.

Malah, Menteri Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak, Mohd Nizar Jamaluddin (gambar atas) bertungkus-lumus memberi ceramah, menyeru agar rakyat bersama "menjahanamkan UMNO", mendedahkan betapa kejam dan zalimnya pemerintahan UMNO-BN yang tidak sama sekali diterima PAS-PR.

Jadi, masalah persepsi ini sebenarnya wujud kerana pucuk pimpinan peringkat tertinggi gagal menunjukkan pendirian yang jelas. [sepenuhnya di GoMalaysian]


Sumber: Merdeka Review
Penulis: Lim Hong Siang
Terjemah Oleh: Lim Hong Siang
Tajuk: PAS Bukan Takut Menang, Tapi Gagal Uruskan Kuasa



Media Pengiklanan Baru 

Related Posts by Categories


1 comments:

Pemerhati said...

Cenangau,

Bila diperhatikan secara teliti kehidupan ahli Parti PAS tak ubah seperti berada didalam pasar borong. Sini menjerit, sana menjerit masing-masing memekik terlolong macam anjing nampak hantu. Tujuannya tidak lain hanyalah untuk menarik perhatian ramai.

Aku yang tidak ada kena mengena juga tertarik dengan suara lelongan dari para perwakilan dan juga ahli jawatankuasa pusat.

Mengapa parti PAS bergolak selepas kalah dalam pilihanraya Bagan Pinang...? Sebelum ini tiada siapa peduli apa yang dilakukan oleh segelintir pemimpin PAS yang curang.

Mungkin juga mereka leka kerana dibuai kemenangan demi kemenangan seolah-olah parti PAS sudah hebat melebihi parti UMNO. Dan ada setengah ahli berpandangan bahawa parti PAS patut keluar dari Pakatan Rakyat dan berdiri sendiri sebagai parti yang menguasai segala parti....?

Sebenarnya parti PAS dan UMNO tiada jauh berbeza antara sikap dan perasaan mereka. Ahli parti PAS tahu bahawa parti UMNO memang kuat dalam segala hal. Dan ahli UMNO tahu bahawa parti PAS memang lemah dan bodoh dalam segala hal. Dan mereka memang memerlukan antara satu sama lain bagi melengkap melengkapi.

UMNO memerlukan PAS kerana mereka ingin terus berkuasa, dan pemimpin PAS memerlukan UMNO adalah untuk mencari kekayaan dan tidak peduli tentang kuasa.

Siapa sebenarnya menjadi mangsa dalam permainan antara pemimpin PAS dan UMNO dalam membentuk kerjasama.. yang sekejap ditunjuk, sekejap lagi disorok, sekejap lagi ditutup kemudian ditunjuk lagi, disorok lagi, ditutup lagi. Sekali lagi ditunjukkan, disorokan, ditutupkan.....? Siapa yang bodoh dan siapa pula yang bangang..?

Sebenarnya tiada jadi mangsa... tiada siapa dipihak yang bodoh dan tiada siapa dipihak yang bangang. Semua ahli dan pemimpin PAS bijak dan pandai.

Haji Hadi dan kuncu-kuncu yang terlibat merancang membentuk kerajaan perpaduan tidak dikatakan sebagai orang yang menyeleweng dari prinsip parti kerana semua mengatakan bahawa mereka melakukan demi parti... tak gitu Mustaffa Ali...?

Tak boleh salahkan ahli yang tidak menegur atau membiarkan saja pemimpin PAS melakukan apa saja kehendak mereka kerana ahli amat sayang dan wala' terhadap pemimpin yang mereka pilih. Ahli sanggup masuk neraka demi pemimpin yang amat mereka sanjungi khususnya Hassan Ali. Tak gitu Abu Bakar Cik...?

Sebenarnya ahli PAS ramai terdiri orang yang dikelirukan ketika memilih kelayakan seseorang menjadi pemimpin mereka.

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam.

Entry Terkini