18 Nov PELUANG MENJANA PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU!
BOLEH BEKERJA PART TIME & TERUS DIRUMAH!
PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA!
www.zamrivemma.blogspot.com

Sunday, November 8, 2009

Mantik pasukan bola - bukan setakat kena menang

"Pemimpin PAS ibarat pemain bola dan kita perlu berjiwa besar dalam menghadapi masalah.

"Walaupun ada teguran yang keras...suruh pecat kapten, buang pengurus dan pemain, tapi kita belum habis separuh masa pertama...kita pemain profesional, bukannya pemain kampung," katanya. [bernama]


http://www.hijaukuning.com/v3/components/com_fpss/images/futsalPelikat.jpg
Sumber image : hijaukuning.com
Masalahnya kita bukan takat nak main game ni ja. Kita ada banyak lagi game kena main. Memang la penonton takdak kuasa nak pecat kepten, buang pengurus dan pemain.

Masalahnya selama ni yang banyak biaya pasukan kita kan ka penonton. Kalau penonton dah takmau masuk stadium, dah takmau beli tiket tengok game kita main mana lagi kita nak dapat duit?

Kalau penonton pun dah kurang, ingat penaja nak sponsor, kut yang fanatik sangat dengan pasukan kita ja la yang nak taja pun. Tu pun biasanya sponsor ciput, takat duit 'minyak urut' lepas la kut. Penaja besar mungkin lari ke pasukan lain, takpun terus lari ke game lain dari bolasepak, banyak lagi tempat depa boleh sponsor.

Nak jadi juara tournament macamana kalau nak main pun dan tak mampu. Bukan setakat gaji pemain tak boleh bayar, silap-silap jersi pun tak mampu beli. Takkan nak main bola pakai kasut selipar dengan kain pelikat kut. Lain la kalau kita main untuk 1Malaysia, habih takdak pun duit hadiah jumpak kotak pun boleh bagi kat kita.


Bukan maksud aku mesti kena pecat atau berenti. 'Keyword' dia kat situ adalah 'penonton tak suka'. Yang pentingnya kena bagi penonton suka. Kalau pecat kapten, buang pengurus dan pemain sekalipun tapi akhirnya penonton tetap tak suka nak buat apa!!! Tapi kalau sebaiknya ditukar, tukar aja dong.

Reka la kut mana pun, yang penting peminat setia bertambah ramai dan kemudian penajaan pun pasti akan makin banyak. Pemain pun boleh 'beli' yang terbaik,  jurulatih pun pilih yang hebat-hebat, gymnasium pun boleh buat canggih-canggih, masa tu takkan tak boleh menang tournament jugak. Kalau tahap tu pun tak jadi juara jugak maknanya memang takdak 'luck' laa. Nak buat macamana.



p/s.  Tapi kalau aku jadi penaja, tak kira hebat mana pun MU main, hebat mana pun kapten dia, walau sapa pun pengurus dia, namum kata nak sponser MU tidak sama sekali. Bukan setakat MU, yang nampak macam MU, bunyi macam MU pun, tambah-tambah lagi yang berlagak macam MU. Tambah pulak KJ pun minat dengan MU, lagi la meluat aku. Tapi walaupun ramai yang meluat dengan MU, kelab tu masih jugak antara yang terkaya di dunia dan paling banyak kelab penyokong diseluruh dunia dan selalu memang Liga Perdana Inggeris.  Hangpa rasa pasai apa?

Media Pengiklanan Baru 

Related Posts by Categories


5 comments:

Anonymous said...

ada lg..prob nya, prestasi teruk, makin menjunam..tgk table liga la..

Pengurus - pilih pemain kroni dia saja, dah la main x bgs, ada yg tua, anngkuh, prestasi teruk, x mau minta maaf pd penontonn -tetap di bg main. mcm mana ni?

Pemain - ada yg main dlm gelap, jumpa lwn main blkg (hahaha) apa cite ni? patut kalahkan lawan, ini duk pi jumpa kt bilik sblm main dlm gelap -PENGURUS TAU TAK? kalo tau bertindak la! ni biarkan saja, fans semua tau, media tau, tp biarkan..apa cita?

owner/ceo - sbg advisor dia ada hak nak pecat/arah pecat sbb dia nk jaga team dia. ini team dia bentuk, baja semai dah 40 thn dan skrg dia tokey no 1- dgr la cakap dia. ini tidak- bantah,maki & hina dia.

so, apa last resort?

sbg ahli (stake holders) & fans - kita kena bertindak - usul paksa pada pengurus & pemain yg gagal = UNDUR!!! UNDUR!! SEGERA!!

C++ said...

Bhai..

Diorang ingat gaji Beckham tue juta-juta pasai Beckham tue hebat la... tapi sebenornyer.. kalu takder sesapa nak jadi penonton.. gaji Beckham tue cuma USD$2 jer... hahahaha...

Dah lama dah gua stress out kan benda nie bagi semua orang paham... tapi rupa-rupanyer 1Malaysia masih lagi tak paham...

Penonton tak suka... buat apa pun stadium akan kosong jugak... hehehe.. takder penonton nak sokong... Jadi kena jaga hati penonton dan penyokong la... tul kan... hehehe

ronaldo said...

pada aku senan je...kalu 'bola' dijadikan kiasan oleh presiden, patutnya presiden patut tengok camne 'bola' negara luar diuruskan...

mana de pemain utama umur lebih 30, kecuali satu dua ekor yg ternyata boleh contrubute...

dan pemain2 tua ni pun semuanya dah menunggu masa je nak bersara...

dan kalau star bola pun bleh bersara, dan lepas bersara tumpu lak menjadi jurulatih,pengurus, dan contribute dalam membangunkan star2 baru yang muda,cergas,lebih ketrampilan,dan bersemangat baru...

gitu jugak dengan presiden...bersara dan tumpu pada pembangunan parti...bangunkan idea2 tarbiyah ddengan lebih berketrampilan...bangunkan anak2 muda dengan program2 yg presentable tanpa meninggalkan corak dan idea islam...

jangan tunggu sampai star2 yang ada tu lari pindah 'club' lain...nanti yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran...

ronaldo said...

lagi satu, kalu club bola yang professional bagai dikata presiden.."kita professional.."

kalu club professional...dah lama dah presiden ni kena sack....

hahahaha.....ni dia contoh kat liga-M rupanya...padan pun hempeh......

mohd sahir said...

angahnya.....

PAS nie GERAKAN iSLAM - GERAKAN DAKWAH.
so tiada istilah letak jawatan.
kepada ronaldo dan C++ komen tue pun dah nampak yg kamu tue tak pernah memahami apa itu gerakan Islam.
kepada abg ku yg jaga kg kita...
banyak ujian bila kita menulis..tapi kena hati-hati takut benda yg kita tulis. tak banyak menyumbang pun kepada penambahan ahli. tak tambah undi. takdak org yg jauh dgn Islam datang dekat dgn Islam. takdak org kafir pun yg faham Islam..

p/s jumpa raya korban nie...

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam.

Entry Terkini