18 Nov PELUANG MENJANA PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU!
BOLEH BEKERJA PART TIME & TERUS DIRUMAH!
PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA!
www.zamrivemma.blogspot.com

Friday, November 6, 2009

Konvensyen Blogger PAS 2009 satu perangkap?

Sumber image : Xenanhu
Di bawah ni aku salin petikan dari blog Aduka Taruna dengan sikit ubahsuai

Perangkap Konvensyen Blogger PAS 2009

Ramai ahli PAS mengambil kesempatan dengan dunia blog bagi meluahkan perasaan. Mereka tidak perlu memberi identiti. uma, disman, mikhail16 antara contoh ahli PAS yang bersuara menggunakan blog.

Sunnah menetapkan orang cerdik lebih cerdik tidak boleh dipimpin oleh orang bodoh kurang cerdik. Dan dalam kelompok majoriti bodoh kurang cerdik, sudah pastilah orang2 bodoh kurang cerdik yang dipilih mereka. Ini konsep demokrasi. PAS tidak guna kaedah setulen nabi.

Bila ini berlaku, sebahagian kecil golongan cerdik yang rasa depa lebih cerdik akan memberontak. Adalah mustahil fitrah manusia cerdik lebih cerdik dipimpin oleh manusia bodoh kurang cerdik dan manusia lembab. Allah sudah menetapkan begitu. Namun, untuk memberontak semborono tidak boleh kerana terikat dalam perjanjian jemaah.

Semua ini ibarat air yang terkepung. Dan air yang semakin terkepung tadi akan mula meneroka struktur lemah dan rendah untuk melepaskan tekanan. Dan alam blog adalah trend atau fenomena terbaru mengenai ini.

Ramai mereka yang cerdik lebih cerdik meluahkan pendapat, tekanan dipimpin manusia bangang, secara merahsiakan identiti. Dan orang bangang kurang cerdik terdesak tersepit dengan keadaan ini. Hasil pandangan orang cerdik lebih cerdik yang diupah orang bangang kurang cerdik itu, maka lahirlah satu program Konvesyen Blogger PAS 2009.

Sasarannya terbahagi kepada 3.

1. Blogger terkenal PAS yang mendedahkan identiti mereka. (contoh Penarik Beca, Cenangau, etc)

2. Blogger terkenal PAS yang menyembunyikan identiti mereka. (Manjung Mari, C++, etc)

3. Blogger2 PAS baru.

Apabila kesemua blogger terkenal PAS dedah identiti hadir konvensyen tersebut, kemungkinan besar di akhir program tersebut, mereka terpaksa mengangkat ikrar terbaru atau bai'ah terbaru. Bertujuan mengurangkan serangan kepada pemimpin2 bodoh yang depa rasa kurang cerdik dan lembab. Keadaan sangat terdesak. Sedangkan kesemua blog ahli PAS yang membelasah pemimpin stupid yang depa rasa kurang cerdik berhenti secara automatik setiap kali menjelang pilihanraya sebagai keutamaan yang utama.

Apabila kesemua blogger terkenal PAS sembunyi identiti hadir konvensyen tersebut, maka, maklumat identiti mereka juga tidak lagi rahsia. Jika golongan ini menukar blog mereka, mereka terpaksa bermula dari bawah. Bermula dari tidak dikenali.

Blogger2 PAS yang baru juga perlu disekat menjadi pengikut kepada blogger2 PAS yang ternama. Mereka perlu dibrain wash, diserahkan identiti mereka. Lihat sahaja senarai followers blgger seperti Penarik Beca yang mencecah hampir 600. Berapa jumlah kategori student, blogger baru di dalamnya?

Penarik Beca sahaja bisa menggerakkan 600 media baru mengikuti pandangan dan fikrahnya. Katakan dari 600, 300 bersetuju dalam satu2 pandangan. Dan dari 300 pecah lagi kepada pengaruh mereka sendiri. Jika student, pengaruh mereka sesama student. Jika Unit AMal, pengaruh mereka sesama Unit Amal.

Semua ini adalah satu kuasa rakyat golongan cerdik yang rasa depa lebih cerdik yang bertembung secara fitrah dengan manusia golongan bodoh kurang cerdik. Peraturan alam menetapkan mustahil golongan cerdik lebih cerdik membiarkan diri diperintah oleh golongan bodoh kurang cerdik, walaupun bersetuju dengan sistem majoriti bodoh kurang cerdik berkuasa melantik orang bodoh kurang cerdik sebagai pemimpin (demokrasi barat).

Cadangan.

Anda boleh hadir. Anda boleh berikan identiti. Tetapi berikan alamat blog lulit. Itu sahaja cara melawan sistem yang dicipta bagi menyelamatkan golongan bodoh kurang cerdik. Namun, cara ini tidak boleh digunakan oleh blogger kategori 1.

Untuk blogger kategori 1 pula, anda boleh menguasai suasana konvensyen secara bergabung dengan blogger kategori 2. Ambil alih konvensyen tersebut dengan hujah2 bernas, tepat dan tidak berlapik. Keadaan akan menjadi panas. Situasi akan mempunyai nilai berita. Cara ini bisa membuatkan blogger kategori 3 menyebelahi anda. Blogger kategori 3 akan teruja melaporkan suasana tersebut. [AdukaTaruna]

Komen Aku : Yang aku salin kat atas dengan sikit ubahsuai tu bukan pendapat aku, semua tu pendpat Aduka Taruna. Ada yang aku setuju tapi ada jugak yang aku tak setuju.

Hangpa rasa depa-depa yang kat atas tu fikir macam tu ka? Aku rasa tak harap tak.

p/s. Untuk jenis bloggers no. 1 tu, contoh yang dia bagi sangat tak kena. Penarik Beca  kata dia bukan lagi ahli Pas, dia cuma penyokong Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaan PAS. Nama Cenangau tu pulak langsung tak sesuai jadi contoh, berapa orang sangat yang kenai dia.Takkan takdak contoh lain.

Media Pengiklanan Baru 

Related Posts by Categories


12 comments:

ustaz Yop said...

aku rasa Aduka Taruna tu, barua UMNO laaaa

Manjungmari said...

Salam...

Maksud Aduka tu, pimpinan PAS dah kenai hang, nama hang kira dah tersohor juga, hang punya gerak kerja sebagai staf IT-PAS setiap kali PRK...lainlah macam kami ni...
Tetapi apa pun aku tak pegi, selagi Setiausaha Agung dan Timbalan masih yang lama aku tak berminat nak hadirkan diri...

Cenangau said...

Pimpinan PAS mana yg kenai Cenangau?
Kalau pimpinan kawasan aku kompom depa kenai Cenangau, tu pun pasai ada kontroversi fitnah kat dalam cbox aku haru tu. Hahaha
Aku pun kemungkinan besag tak pi, tapi bukan pasai takut atau pasai nak boikot. Hahaha

Anonymous said...

Unit KGB PAS menunggu blogger-blogger yang belum terkenal di konvensyen. Apabila identiti sudah terserlah, mereka akan ditangkap dan dihantar ke Siberia untuk menjalani proses pemulihan dan indoktrinasi. Tempoh tahanan tiada had.

Yong said...

Toksah pi lah. Buang masa ja. Konvensyen cakap cakap...lepas tu dihidang teh wala' cakap lagi, hidang kuih wala'. Terus cakap2 hidang nasi wala'... Habis konvensyen, dapat sijil wala'

Teluk Bakong said...

aku pi InsyaAllah tapi macam perjumpaan ngan kerajaan PR Perak sebelum tumbang aku belasah je disamping puji sikit je huhu.

Teluk Bakong said...
This post has been removed by the author.
Teluk Bakong said...

ha ha yong dapat teh wala Alhamdulillah segar badan dapat nasi wala Alhamdulillah kenyang, dapat sijil wala simpan, tapi teman tetap wala juga- wala kepada keadilan dan kebenaran

MC_Shaharul said...

x abis2 sngka buruk kt org?x fhm la aku ngan blogger2 skrg nie..byk isu2 dalaman parti lak skrg nie..lg nk menghancurkan ade la..bknnye nk memperbaiki keadaan,syak wasangka kt pemimpin2,blogger sama2 blogger bergado,dah xde isu ker weii?kata nk lawan umno bg jatuh,klu mcm nie la caranya jgn hrpla nk tawan putrajaya makin hancur ada la...

ckp2 la tue bro..kita nie baru jer nk berjenak2 perjuangkn Islam n rakyat...tue lps2 menang pru aritue la pn..diaorg tue bape lame dah berjuang..smpai ada yg maki hamun,kene tgkp,kene bunuh pn ada,yg kita mcm bgs sgt...dah meluat lak aku ngn blog2 nie x abis2 isu yg sama..ingatkn blog2 nie leh la dpt maklumat yg tepat,btl..tp lbh kureng jer ngn media2 pro bn tue..

tue la ghopenye klu blogger2 dah jd mcm blagak pndai,rasa bgs n perfect,klu rasa bgs sgt tlgla wat keje..stakat tulis blog,maki org tue ini x gune la..x pn offerla diri jd presiden ke,gi la jd pemimpin lak eh,nampak gaya jarum yg umno bn dah terkena kpd blogger2 nie..hampeh,hancusss..haprak..hamcise loo..

Teluk Bakong said...

isk isk sape yang bersangka buruk saharul

ghebakecik said...

Ada masa tu pi la. Depa dah panggil. Nanti tak lah dok keriau kat albanjari ka kat sapa ka nak kan rakaman perjumpaan tu pulak.

mosabit said...

aku leh pegi tak?...aku bukan bloger pas...tapi aku batu blog.....kah kah kah kah .....(ini bukan ketawa TT) daa....
korang nanti jangan jadi bodoh pulak ae?...buat bodo jer ae?...

apa barang konbensen konbensen nih?....

Post a Comment

Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam.

Entry Terkini