SPR Pamer Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2009KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Kedua 2009 mulai esok hingga 27 Julai ini di 994 tempat di seluruh negara.
Menurut SPR dalam kenyataan di sini Isnin, dalam tempoh urusan pendaftaran dari April hingga Jun tahun ini, Malaysia telah menerima 75,808 permohonan pendaftaran pemilih baru dan 18,630 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.
Para pemohon yang telah mendaftar sebagai pemilih baru atau membuat pertukaran alamat pusat mengundi boleh menyemak senarai tersebut di pejabat pilihan raya negeri (14 tempat), pejabat pos berkomputer (457 tempat), kompleks atau pejabat kerajaan (101 tempat), pejabat daerah atau pejabat tanah (153 tempat), majlis daerah atau perbandaran (49 tempat), dewan serbaguna, rukun tetangga, balai raya, balai penghulu dan dewan orang ramai (190 tempat) dan lain-lain (31 tempat).
Sehubungan dengan itu mana-mana warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau pemilih berdaftar yang membuat pertukaran alamat pusat mengundi dinasihatkan supaya menyemak senarai tersebut di tempat masing-masing.
Bagi pemilih yang tidak tersenarai boleh membuat tuntutan menggunakan Borang B dan membuat bantahan menggunakan Borang C, kemudian diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh tujuh hari dari tarikh senarai dipamerkan.
SPR juga mempamerkan nama pemilih yang terkeluar senarai disebabkan kelucutan hak warga negara, bersara daripada Angkatan Tentera atau Polis, meninggal dunia dan yang telah hilang kelayakan sebagai pemilih.
-- BERNAMA
Sapa-sapa yang jadi PPS, jangan buat-buat lupa, jangan sebuk hari-hari sembang suruh bubar DUN Perak, tapi kerja haram tak buat. Pasai tu la aku tak setuju bubar DUN Perak pasai kerja aku tak buat!!! Ha ha ha ha
Mana-mana orang PAS kat perak yang tak pernah lagi rasa ada wakil rakyat dan teringin nak merasa lepas ni, kena buat kerja kali ni. Takat sembang pung-pang pung-pang kat kedai kopi ja tak jadi!!!




2 comments:
ceramah israk mikraj
24 julai 2009
( lepas maghrib)
di masjid changkat ibol
oleh : yab ds ir nizar jamaludin
CERAMAH PERDANA :
(ISU-ISU PANAS)
24 JULAI 2009
(JUMAAT 9.30 MLM)
DI DATARAN MARKAS PAS
PEKAN BUKIT GANTANG
PENCERAMAH :
YAB DS IR NIZAR JAMALUDIN
US. IDRIS AHMAD
SEMUA DIJEMPUT HADIR
Kerja ni bukan atas kepala PPS saja, ini tanggungjawab wajib kepada semua yang mengaku pejuang PAS. Lebih2 lagi pada mereka2 yang berjawatan dalam parti. Kalu yang ni pun tak boleh buat tok sah sembang pasai pilihanraya.
Post a Comment
Kalau boleh jangan la komen sebagai Anonymous, bagi yang tak reti caranya senang ja, klick kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' lepas tu lantak hangpa, kalau aku rasa tak sesuai aku padam.